Sebanyak 30 rumah dan 15 kedai terjejas selepas dimasuki air dalam kejadian fenomena air pasang besar yang melanda Kuala Kedah, awal pagi tadi.<br /><br />Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata bacaan paras air laut mencatatkan bacaan 2.98 meter melepasi ramalan iaitu 2.93 meter.
